Ingin meluahkan tetapi sesuatu terbatas,
Perasaan malu menguasai diri,ianya datang sekali lagi tanpa diundang!
Jika dari usia muda sudah terjadi perkara itu,adakah disebabkan takdir?
Takdir tentang sesuatu yang buruk?Mungkinkah ?
Atau diri sendiri yang mencoretkan agar semua benda ini terjadi di dalam hidupnya,
Setiap insan pasti tidak mahu ini terjadi,
Tidak bagi seorang manusia sekalipun!
Perasaan dan rahsia ini berjaya disimpan sekian lama,tidak seorang pun yang tahu,
Bahkan sesiapa yang dipercayainya,
Sungguh pandai menipu diri sendiri bukan?
Tak siapa tahu begitu payah dan perit akan keadaan ini, TIDAK !
Mungkinkah perkara ini akan terbongkar,tiada siapa yang tahu bahkan tuan empunya diri.
Menipu diri sendiri adalah perkara yang sukar dalam meniti arus hidup ini,
Tetapi terpaksa akibat satu perasaan yang AGUNG dan di idamkan pada semua insan di dunia ini,
iaitu perasaan SAYANG dan CINTA :)
Semua insan di dunia ini mempunyai coretan hidup yang pelbagai,
Jika diwarnakan pada sehelai kain putih,pasti indah dengan pelbagai warna,
Baik atau buruk akan sesuatu cerita itu,pasti ada hikmahnya bukan ?
Jadikan masa silam sebagai kenangan dan semangat dan sebab mengapa kita hidup pada masa sekarang,
Terpulang kepada individu itu untuk terus mencoraknya secara kreatif :)
Akhir kata , Thanks membaca! >.<